Langkau ke kandungan
Teroka Ilmu/Maklumat laman
Ruang Belajar

Dasar Privasi (Privacy Policy)

Bagaimana Teroka Ilmu mengendalikan data akaun Google, pembayaran, newsletter, affiliate, kuki dan permintaan privasi.

Dikemas kini:

Siapa yang mengendalikan laman ini?

Teroka Ilmu ialah platform pembelajaran dan alat pendidikan di terokailmu.com, dikendalikan oleh Cikgu Haris Harun. Dasar ini menerangkan pengendalian maklumat ketika cikgu melawat laman, log masuk, membeli bahan, menggunakan alat, melanggan e-mel atau menyertai Rakan Teroka.

Untuk pertanyaan dan permintaan berkaitan data, hubungi hariscroft83@gmail.com. Laman ini tidak meminta kata laluan Google, nombor PIN bank atau kod OTP melalui e-mel sokongan.

Maklumat yang diproses

  • Akaun: apabila log masuk Google, sistem memproses pengenal pengguna, nama, e-mel, status pengesahan dan sesi log masuk. Kata laluan Google tidak disimpan oleh Teroka Ilmu.
  • Pembelian: produk, amaun, nama dan e-mel pembeli, nombor telefon yang dimasukkan ketika checkout, rujukan pesanan, kod bil, invois, kaedah dan status transaksi. Butiran kad dimasukkan pada perkhidmatan pembayaran, bukan borang Teroka Ilmu.
  • Penggunaan laman: pengenal pelayar rawak, halaman landing/Ruang Belajar yang dilawati dan kiraan lawatan. Ini anggaran pelayar, bukan pengesahan bilangan individu. Infrastruktur pengehosan juga boleh memproses alamat IP, jenis pelayar, URL dan log teknikal bagi operasi serta keselamatan.
  • Newsletter: e-mel, nama pilihan dan rekod persetujuan melalui borang Brevo. Pendaftaran akaun atau pembelian tidak melanggan cikgu secara automatik.
  • Affiliate: permohonan, cara promosi, persetujuan, nama pautan, klik rujukan, jualan layak, komisen dan rekod kelompok pembayaran. Nama pautan awam dijana daripada bahagian sebelum @ dalam e-mel; alamat penuh tidak dipaparkan dalam pautan rujukan.
  • Alat dan pembelajaran: pilihan, brief prompt, penanda selesai, jawapan latihan atau simpanan tertentu. Sebahagiannya disimpan pada pelayar mengikut fungsi dan akaun. Studio Penulis turut memproses brief di pelayan untuk membina prompt; ia bukan panggilan kepada API AI.
  • Sokongan: mesej dan bukti yang cikgu sendiri hantar untuk menyelesaikan pertanyaan, masalah akses atau semakan pembayaran.

Jangan masukkan data sebenar murid, nombor pengenalan, rekod kesihatan atau dokumen sulit sekolah ke dalam alat atau e-mel sokongan. Gunakan contoh rekaan atau data yang telah dinyahkenal pasti.

Pendaftaran kelas murid melalui penjaga

Untuk kelas Vibe Coding Tingkatan 1–4 (umur 13–16 tahun), ibu bapa atau penjaga mendaftar melalui akaun Google sendiri. Rekod kelas merangkumi nama dan telefon penjaga, e-mel akaun penjaga, nama murid, e-mel anak jika diberikan (pilihan), tingkatan, sesi pilihan, masa serta versi persetujuan, rujukan dan status pembayaran. Maklumat ini digunakan untuk mengurus penyertaan dan menyampaikan pautan kelas kepada peserta yang bayarannya disahkan.

Selepas bayaran baharu disahkan, Brevo memproses alamat e-mel penjaga dan e-mel anak jika diberikan, nama murid, tingkatan, sesi pilihan serta pautan Google Meet untuk menghantar jemputan kelas dan fail kalendar. E-mel ini ialah urusan kelas, bukan langganan pemasaran. Rekod penghantaran, status percubaan dan pengenal mesej disimpan untuk semakan serta mengurangkan penghantaran berulang.

Rekod pendaftaran pada laman hanya boleh dilihat oleh akaun penjaga berkenaan dan pentadbir. Nombor pengenalan, sekolah serta tarikh lahir penuh tidak diminta. Pendaftaran kelas tidak melanggan newsletter. Penjaga boleh menghubungi sokongan untuk pembetulan atau permintaan berkaitan data; rekod pembayaran yang diperlukan untuk semakan transaksi boleh dikekalkan.

Tujuan penggunaan

Maklumat digunakan untuk mengesahkan akaun, menyampaikan akses pembelian, menyemak bayaran, mengendalikan permohonan affiliate, menyediakan fungsi pembelajaran, memahami penggunaan secara ringkas, mencegah penyalahgunaan dan menjawab permintaan sokongan. E-mel promosi dihantar kepada pelanggan newsletter yang telah memberikan persetujuan melalui aliran langganan berkaitan.

Kami tidak menjual senarai e-mel pengguna kepada pengiklan. Affiliate tidak diberikan nama atau e-mel pembeli; mereka melihat rekod komisen sendiri.

Penyedia perkhidmatan dan perkongsian

  • Google/Firebase dan Google Cloud: pengesahan Google, pengehosan, pangkalan data serta operasi teknikal. Lihat privasi Firebase dan Dasar Privasi Google.
  • ToyyibPay: penciptaan bil dan pengesahan pembayaran. Maklumat pembeli yang diperlukan dihantar kepada gerbang untuk memproses transaksi. Lihat Dasar Privasi ToyyibPay.
  • Brevo: borang, pengesahan langganan, penghantaran newsletter serta e-mel transaksi jemputan kelas selepas bayaran disahkan. Borang terbenam dimuatkan apabila pengguna membukanya. Lihat Dasar Privasi Brevo.
  • Google Drive atau perkhidmatan media/pautan luar: apabila pengguna membuka video atau pautan berkaitan, penyedia tersebut boleh memproses permintaan dan maklumat teknikal menurut dasar masing-masing.

Data boleh diproses di pusat data penyedia, termasuk di luar lokasi pengguna. Akses pentadbiran dihadkan kepada keperluan operasi. Maklumat juga boleh didedahkan apabila diperlukan untuk memenuhi kewajipan yang terpakai atau menangani penipuan dan tuntutan yang sah.

Google AdSense dan pengiklanan

Pada versi dasar ini, laman menyediakan pengesahan akaun AdSense tetapi belum memuatkan skrip atau unit iklan Google. Pengesahan akaun bukan tanda bahawa Google telah meluluskan laman. Iklan hanya akan diaktifkan selepas tetapan penerbit dan persetujuan yang diperlukan disediakan.

Apabila iklan Google diaktifkan, Google dan penyedia iklan pihak ketiga boleh menggunakan kuki untuk memilih iklan berdasarkan lawatan terdahulu ke laman ini atau laman lain. Kuki pengiklanan Google membolehkan Google dan rakan kongsinya menyesuaikan iklan berdasarkan aktiviti merentas laman.

Pengguna boleh mengurus atau mematikan pemperibadian melalui My Ad Center / Tetapan Iklan Google. Sesetengah penyedia turut menawarkan pilihan melalui Digital Advertising Alliance. Baca cara Google menggunakan maklumat daripada laman rakan kongsi.

Pilihan iklan Google tidak memadamkan akaun Teroka Ilmu. Jika penyedia iklan tambahan digunakan, maklumat dan pilihan berkaitan perlu dikemas kini. Sebelum menyampaikan iklan kepada pelawat di kawasan yang memerlukannya, termasuk EEA, UK dan Switzerland, kami perlu menyediakan aliran persetujuan melalui CMP diperakui Google. Notis kuki biasa bukan pengganti CMP tersebut.

Kuki, simpanan dan keselamatan

Kuki dan storan pelayar digunakan mengikut fungsi: sesi Google, pilihan paparan/bunyi, kemajuan peranti, kiraan pelayar dan rujukan affiliate. Rujukan affiliate mempunyai tempoh maksimum 30 hari; pemilik rujukan disemak semula ketika pembelian. Lihat butiran dan pilihan pada Dasar Kuki.

Rekod akaun dan akses diperlukan sepanjang penggunaan perkhidmatan. Rekod pembayaran, komisen dan semakan boleh dikekalkan bagi urusan kewangan, pertikaian, keselamatan dan kewajipan yang terpakai. Tiada satu tempoh pemadaman automatik yang sama bagi semua kategori. Jika data tidak lagi diperlukan, pengendaliannya perlu disemak untuk pemadaman atau pengurangan mengikut jenis rekod.

Langkah teknikal seperti sambungan HTTPS dan kawalan akses membantu melindungi maklumat. Tiada sistem dalam talian boleh dijamin bebas risiko sepenuhnya. Simpanan pada peranti berkongsi mungkin kekal sehingga dipadam; log keluar dan semak storan pelayar selepas digunakan.

Pilihan dan permintaan pengguna

  • Log keluar untuk menamatkan sesi pada laman. Memadamkan storan pelayar boleh menghilangkan simpanan dan kemajuan peranti.
  • Gunakan pautan berhenti langganan dalam e-mel newsletter untuk menghentikan pemasaran; akses pembelian tidak bergantung pada langganan newsletter.
  • Hubungi hariscroft83@gmail.com untuk meminta akses, pembetulan atau pemadaman data, atau membangkitkan kebimbangan privasi. Nyatakan e-mel akaun dan jenis permintaan; jangan hantar kata laluan atau OTP.
  • Identiti mungkin perlu disahkan sebelum permintaan dilaksanakan. Sebahagian rekod transaksi atau keselamatan mungkin perlu dikekalkan; kami akan menjelaskan batas yang berkaitan. Pemadaman akses Teroka Ilmu tidak memadamkan akaun Google pengguna.

Kanak-kanak dan aktiviti sekolah

Platform dan urusan pembelian ditujukan kepada pendidik serta pengguna dewasa. Aktiviti Arena Ilmu boleh digunakan bersama murid di bawah pengawasan guru atau penjaga. Kanak-kanak tidak sepatutnya membuat pembelian atau menghantar data peribadi melalui akaun orang dewasa tanpa kebenaran.

Unit iklan Google belum diaktifkan pada laman, termasuk Arena Ilmu. Ruang permainan dan latihan murid tidak akan dijadikan sasaran pemperibadian iklan melalui versi ini. Jika ibu bapa, penjaga atau guru mendapati data kanak-kanak telah dihantar tanpa sepatutnya, hubungi sokongan untuk semakan dan tindakan yang sesuai.

Pautan luar dan perubahan dasar

Dasar ini meliputi Teroka Ilmu, bukan keseluruhan amalan laman luar yang dipautkan. Semak dasar penyedia apabila meninggalkan laman. Tarikh kemas kini dipaparkan pada halaman ini; perubahan besar pada penggunaan data perlu diterangkan melalui notis yang bersesuaian. Pertanyaan: hariscroft83@gmail.com.

Data ruang Kelas Teroka

Ruang kelas menyimpan keahlian kelas, status dan tarikh tamat langganan, jawapan atau pautan hasil kerja yang dihantar peserta, masa penghantaran, markah dan maklum balas guru. Nama dan e-mel akaun boleh dilihat admin untuk pengurusan kelas; peserta hanya menerima jawapan dan semakan sendiri, bukan senarai e-mel atau hasil kerja peserta lain. Kandungan kelas boleh dipaparkan kepada peserta dengan langganan aktif.

Fail hasil kerja tidak dimuat naik melalui ruang kelas ini; peserta berkongsi teks atau pautan HTTPS. Semak kebenaran perkongsian pada perkhidmatan luar supaya guru boleh membukanya, dan elakkan maklumat sulit yang tidak diperlukan. Rekod kekal untuk kesinambungan pembelajaran dan sokongan selepas langganan tamat. Permintaan akses, pembetulan atau pemadaman data boleh dibuat melalui hariscroft83@gmail.com.