TEROKA
ILMU
Dua remaja meneroka projek digital menggunakan komputer riba

Daripada idea
kepada ciptaan!

Kelas Vibe Coding untuk Murid

Tingkatan 1–4 · Umur 13–16 tahun

Belajar membina projek digital dengan bantuan AI.

Daftarkan anak · RM15 Bersama Cikgu Haris Harun · Belajar · Cuba · Cipta

Satu kelas. Satu projek untuk dibanggakan.

Murid meneroka idea, membina projek digital dengan bantuan AI, kemudian menguji dan berkongsi hasil mereka.

01Kenal AI

Kenali cara memberi arahan yang jelas dan menyemak cadangan AI.

02Bina projek

Ikuti demonstrasi untuk membina projek digital kecil, kemudian cuba ubah suai idea sendiri.

03Uji & kongsikan

Cuba projek, cari perkara yang boleh dibaiki dan ceritakan apa yang dipelajari.

Pilih satu sesi

Dua pilihan tarikh. Setiap sesi berlangsung selama 1 jam 30 minit secara dalam talian. Pendaftaran dan bil baharu ditutup 30 minit sebelum kelas, jam 7.30 malam.

Sesi kelas pilihan anak

Yuran: RM15 seorang untuk satu sesi

Daftarkan anak · RM15

Soalan lazim

Perlu ada komputer riba?

Sediakan komputer riba atau desktop, pelayar terkini dan internet yang stabil supaya murid boleh mencuba semasa kelas.

Siapa yang mendaftar?

Ibu bapa atau penjaga log masuk dengan Google dan mendaftar bagi pihak murid. Maklumat sekolah, nombor pengenalan dan tarikh lahir tidak diminta.

Di mana pautan kelas?

Pautan akan dipaparkan dalam Pendaftaran Saya selepas bayaran disahkan dan pautan dimasukkan oleh cikgu. Semak sebelum waktu kelas.